Sunday 3 July 2011

Kenaikkan Yuran Keahlian Membantut.

Kenaikkan yuran keahlian dari RM30 kepada RM50 amat dirasai prospek berpendapatan rendah dan sekaligus memusnahkan impian mereka menyertai Hai-O.

Pada 3 July 2011 saya telah berjumpa 10 prospek dan tidak seorang pun mendaftar sebagai ahli, walaupun beberapa daripada mereka berjanji menghubungi saya balik. Melalui pengelaman, janji itu akan menjadi janji sahaja, jika tidak diikuti.

Loyalti kepada Syarikat bukan bermakna kita harus bulat bulat menerima apa Syarikat tetapkan. Kita sebagai usahawan syarikat yang bergantung penuh atas dasar dan polisi yang di kuatkuasakan Syarikat harus juga memberi pandangan yang bernas keatas perkara-perkara yang di anggap tidak bermanfaat kepada kedua-dua belah pehak.

Kenaikkan yuran dari RM30 kepada RM50 sangat membebankan dan dilihat sebagai penghalang untuk mereka yg ingin menceburi perniagaan Hai-O. Syarikat setidak-tidaknya mengekalkan yuran tersebut atau mengurangkan nya supaya boleh menarik lebih ramai usahawan.

Pembetulan:   Walau pun yuran telah dinaikkan daripada RM30 kepada RM50, sebanyak RM20 akan dimasukkan kembali ke dalam akaun ahli yang baru mendaftar.

No comments:

Post a Comment